
pkl7.30am breakfast dulu kt hotel.
dlm 9am gerak ke tengkuban perahu
sempat snap gerai ubi keledek bakar.

tak tahu pokok apa tapi batag dia di toreh utk di ambil getah
sebelum smpai kat sini kiri kanan jalan ada jual arnab
lepas tu berderet2 pula kedai sate kelinci(satay arnab)
banyak sangat arnab ingt kan utk buat pet, rupanya nak bt satay.

akhirnya kami sampai di puncuk gunung dengan manaiki van.
turun je dari van terus kena serbu oleh penjual cenderamata..

sejuk sgt2 sbb atas puncak gunung dan angin ala2 taufan.

di belakang tu kawah ratu.
sebenarnya gunung tengkubang perahu(gunung perahu terbalik) ni ada mitos.
nak tahu cite dia sila ke blog sis
lina pg

kami memilih untuk turun ke kawah domas ditemani oleh guide berlesen.
1jam 300k idr. kalau lebih akan di caj tambahan
awal2 turun kiri kanan kami adalah pokok manarasa.
pokok yang dikatanya boleh buat ulam untuk awet muka.
rasa dia masam2 kelat.

suku perjalanan jumpa orang jual bekas comel2 ni.
macam batik tapi original dari batang kayu tu sendiri bukan di ukir
pak guide kami mengutip serpihan2 ukiran kayu untuk kami bawak balik.
katanya boleh halau cicak dan tikus sebab kayu tu macam ular

pokok ni berlubang kerana terkena serpihan gunung berapi.
tapi masih hidup subur.

lepas tu jumpa pokok akar naga.
air rebusan dari akar pokok ni baik untuk sakit badan.

jom turun lagi..
makin jauh perjalanan makin cantik pemandangan.

toilet di 3/4 perjalanan.
1x masuk 2k idr.

tu la tempat yang kami nak tuju. orang pun macam semut je tengok dari atas ni
ada lagi 300meter..dah semput dh..

akhirnya kami sampai. ada sikit bau belerang tapi masih boleh tahan lagi.
tempat sumber mata air panas.
setiap tempat kubangan tu suhu air dia berbeza2.
ada yang boleh rebus telur dan ada yang boleh rendam kaki

sedang rebus telur kat tempat air yg paling panas.
ambil masa 10minit untuk masak.

kena beli dulu baru boleh rebus.
harga telur 1 biji 2500idr

rasa dia sedap.. tak sama macam yang masak kat rumah.
pak guide cakap telur ni dah tak ada kolestrol sebab rebus kat sini
3jam dok kat sini.. jadi bayarannya 900k idr.
pak supir dah tunggu kami kat tempat parking.
300meter dari sini, kena menapak lagi..nasib baik jalan dia landai..
tapi tak ambil gambat sebab dah kepenatan dan kebuluran

buah strawberi yang di beli kat tempat parking..
rasa dia manis. tak sama macam yang kat cameron.
to be continue.....