layout

Thursday, February 21, 2013

unsung place at ganu kite

terengganu memang terkenal sbg tempat perlancongan.
banyak sangat tempat menarik yg selalu jd tumpuan pelancong.
kali ni sy bukan nak cerita tempat2 best yg popular kat sane,
tp nak tunjuk unsung place kat ganu yg menarik dan cantik.
jom....


pulau kerengga


jeti pulau kerengga


tempat ni sebenarnya bukan pulau.
tapi nama dia je pulau
pulau kerengga ni adalah muara hati.

kat seberang jeti sane tu ada tanah menuju ke pantai
 agak2 ada buaya tak dalam air ni?huhu

tak tahu buah apa. pokok dia hidup tepi muara

pantai teluk lipat dungun
bot sedang berehat sambil santai2..ekeke

ombak besar dan angin kuat


pondok usang tepi pantai


diorg guna untuk apa ye?

wahhh.. saya rasa mcm saya dh smp bali

kampung pasir puteh merchang

bersihkan rumah dia..
sgt rare.. dikelilingi pokok kelapa

pns.. 
tp tak terasa sbb mata dh terpukau dengan keindahan alam

pantai dan pokok kelapa mmg tak boleh dipisahkan

awan nano ganu


ladang sawit kerteh


ni bukan unsung..hehe

masjid terapung di waktu senja


Saturday, February 16, 2013

get well soon dear...

semalam tak boleh tido lena sebab en suami deman+muntah2.
dia demam ngn saya2 sekali tak boleh tido lena sebab risau.
dah macam ank kecik yg demam. sekejap2 bgn pantau keadaan dia.
sedar pkl 2pagi, dia mntk nak makan kurma..huhu.
nasib baik kat rumah memang ada kurma.
bangun esok tu pagi2 bawak dia p klinik amek ubat dan mc. (yea.. hari ni ada teman kat rumah)
pstu balik rumah, paksa dia makan ubat,paksa rehat, paksa tido.

patutnye hari ni plan nak makan kt kedai sebab stok bahan mentah tinggal belen2 je.
tapi dah en suami demam terpaksa la godek2 dalam peti ais cari ape yg boleh di masak.
terutamanya menu untuk orang sakit..
ada ayam. ada kentang dan carrot.
boleh la buat sup simple2.

sup ayam

bahan2:

1/4 ekor ayam (bahagian paha)
3 biji bawang merah(blend)
2 ulas bawang putih(blend)
2 inci halia ( di ketuk)
minyak
garam
air
lada hitam (ditumbuk)
4 sekawan rempah:
      -bunga lawang
      -bunga cengkih
      -kayu manis
      -buah pelaga

rendam 4 sekawan dalam air suam. kemudian toskan.(jangan buang air)
panaskan minyak dan tumiskan 4 sekawan+bawang merah+bawang putih dan halia
hingga wangi dan bawang keperangan.
masukkan ayam tambah sedikit air.
renehkan sekejap(bagi ayam serap rasa rempah2)
kemudian bbuh air rendaman 4 sekawan.
biarkan mendidih dan perasakan dengan garam.
bila ayam sudah masak, masukkan carrot dan kentang dan lada hitam.
tutup api apabila kentang dan carrot empuk.

rupa paras kentang yg ada dalam peti ais..haha
jadi la kan dari takde langsung




Tuesday, February 12, 2013

spaghetti meatball


spaghetti meatball


resepi spaghetti meatball..
bahan2:
sebiji bawang besar (didadu)
1 biji tomato (didadu)
2ulas bawang putih (dicincang)
200g spegeti (sy guna brand san remo)
1tin kecil sos prego (traditional)
200g daging cincang
6-8 meatball (sy guna brand marina)
minyak
air
garam
gula

cara2:
rebus spaghetti  bersama air yg di tambah dgn sedikit garam dan 1 susu besar minyak
(minyak untuk spaghetti nampak berkilat)

untuk sos:
rebus meatball dan daging cincang hingga hampir masak.
tos kan.( jgn buang air rebusan tu.)
panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.
tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
masukkan tomato, tumis lagi.
kemudian masukkan sos prego bersama daging cincang dan meatball.
masukkan air rebusan daging tadi.
masak hingga daging betul2 masak.
tambah garam dan gula mengikut citarasa dan kepekatan yg sesuai.
siap untuk di hidang.

twister fries frozen

lepas perang kat Palestin, sy terus tak p mcD.
sekarang ni musim CNY, sana sini iklan berger prosperity.
Kalau sebelum ni sy cukup suka dgn twister fries.
berger dia sy tak berapa gemar, sebab rasa macam lembu..haha
Sanggup p mcD utk beli twister fries semata-mata.
tapi itu dulu la.. sekarang ni setakat tengok iklan kat tv je.
kalau teringin nak makan twister fries saya p giant.
beli yg frozen..hehe.. jual secara timbang. murah pn murah..
rasa pn lebih kurang sama..
siap boleh makan pns2 lagi kt rumah...

twister fries frozen beli kt giant.

Sunday, February 10, 2013

diner @ Park royal hotel penang

Hari tu encik suami teringin nak makan lobster,
so saya try la google cari kat mane ada sediakan menu lobster.
cari punya cari terjumpa la parkroyal hotel.
diorg ada menu lobster untuk seafood buffet.
trs booking diner hari sabtu untuk 2 orang.
jom cuci mata tgk makanan kat park royal..
makanan kat sini memang sedap. puah hati.
next time boleh datang lagi...
kami makan start dari pukul 6.30 stop sekejap untuk solat maghrib
pastu sambung semula sampai pukul 10 lebih.
banyak makanan yang tak sempat nak makan sebab perut terlalu full..
kalau sumbat jugak ada harapan terkeluar balik..huhu..
tak dan nak snap semua makanan. sebab sibuk mengisi perut.
ni je yg sempat......

suasana hotel masa pukul 6.30
tak ramai lagi orang time ni

majority semua pelancong.

jom pilih makanan

banyak pilihan

anak mat saleh yg main cak2 dengan saya..
so cute...

saya punya.1st round

hubby punya

loobster

jom pilih lagi

hubby pulun makan lobster..

amil 1 slice tapi tak makan..huhu. sbb kyg

cake, tak try makan pn sbb perut btl2 full

pan cake

ketam lembut bersama ketam keras dan udg

aiskrim kat sini adalah aiskrim baskin robbin

cnfrm la sdp kan..

yg ni pn amik

x amik jgk

err..x minat

yg ni pn tak amik


we always in love..

Saturday, February 9, 2013

gulai ikan tongkol/aya

assalamualaikum semua..
lamanya tak update blog ni.
nasib baik masih ingat lagi password..
kalau tidak.. naye je...huhu
sekarang ni tak ada mood nk berblog. tu yg tenggelam timbul..
hari ni rasa rajin sikit mai kemas blog, maklum la dah start cuti panjang untuk CNY.
sempat la nak merepek kat sini sekejap sebelum bermalas malas depan tv.
kalau ikutkan hari ni nk buat nasi dagang, tapi macam malas plk.
jadi menu hari ni gulai ikan aya dgn nasi putih dan ulam + budu je.
jom tengok resepi kalau ada yg berminat nak masak gulai hari ni..


gulai ikan aya/tongkol


bahan:
 ekor ikan aya/tongkol
3keping asam jawa
air secukupnya

potong ikan aya.
masukkan dlm periuk bersama asam keping dan air
air melebihi paras ikan.
masak dengan api sederhana hingga air tinggal suku periuk.
lagi lama masak lagi sedap

bahan2 kuah:
4sudu cili mesin
7biji bawang merah*
3ulas bawang putih*
1in halia*
1in lengkuas*
1in kunyit hidup* (* di blend)
3sudu besar rempah cap bunga ros
1 kotak santan
3cawan air
3keping asam keping
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 biji lada hijau
minyak - untuk menumis

panaskan minyak masak dalam periuk, masukkan cili mesin.
goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yang di blend.
masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai( saya tambah sedikit air untuk jadi kan pes)
masak hingga garing dan pecah minyak.
masukkan 3cawan air, masak hingga mendidih
masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
masukkan air rebusan ikan, asam keping, nisan/gula melaka, garam dan gula.
masak sehingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
renih sehingga kepekatan yg di sukai
masukkan cili padi dan masak agi sekejap dan siap dihidang.

p/s- kalau rajin, mula2 tu tumis dulu bahan2 penumis macam kayu manis. bunga cengkih, buah pelaga
 dan bunga lawang.  
saya kurang rajin sebab tu saya abaikan je bahan penumis tu..hehe


Wednesday, October 24, 2012