layout

Wednesday, March 28, 2012

jakarta & bandung day 2 (part 2-kampung daun)

dah penat meredah hutan dan berkubang di tengkuban perahu kami mencari destinasi untuk mengisi perut yang sudah berirama lagu rock.
kami memilih kampung daun sebagai tempat lunch hari ini.
restoren berkonsepkan dalam taman. cantik view dia..
hijau, mendamaikan, sejuk mata memandang..
jom jamu mata..





pintu gerbang untuk masuk ke restoren


tempat untuk ambil nombor pondok untuk menjamu selera
kawasan restoren ni sangat luas dan terdapat banyak pondok.

pondok tempat kami menjamu selera.


sedang pilih menu..pening nak pilih sebab banyak sangat pilihan


sirloin steak, memang ngetop..


nasi timbel.. sedap jugak..
nasi dia bungkus dalam daun pisang pastu ada lauk dalam nasi tu


nasi goreng special
habis 1 pinggan ni anak sedara ku makan


nasi goreng kampung


dessert..tak tahu nama apa
tapi sedap.. ada inti keju dan ada inti coklat


jus avacado dan tea susu


dah kenyang kami pusing2 kawasan restaurant


air terjun buatan..


antara sinki yang disediakan


papan tanda tunjuk arah pondok.


to be continue....




Sunday, March 18, 2012

jakarta & bandung day 2 (part 1-tengkubang perahu)

13 march 2012


pkl7.30am breakfast dulu kt hotel.

dlm 9am gerak ke tengkuban perahu
sempat snap gerai ubi keledek bakar.


tak tahu pokok apa tapi batag dia di toreh utk di ambil getah
sebelum smpai kat sini kiri kanan jalan ada jual arnab
lepas tu berderet2 pula kedai sate kelinci(satay arnab)
banyak sangat arnab ingt kan utk buat pet, rupanya nak bt satay.

akhirnya kami sampai di puncuk gunung dengan manaiki van.
turun je dari van terus kena serbu oleh penjual cenderamata..



sejuk sgt2 sbb atas puncak gunung dan angin ala2 taufan.


di belakang tu kawah ratu.
sebenarnya gunung tengkubang perahu(gunung perahu terbalik) ni ada mitos.
nak tahu cite dia sila ke blog sis lina pg


kami memilih untuk turun ke kawah domas ditemani oleh guide berlesen.
1jam 300k idr. kalau lebih akan di caj tambahan
awal2 turun kiri kanan kami adalah pokok manarasa.
pokok yang dikatanya boleh buat ulam untuk awet muka.
rasa dia masam2 kelat.

suku perjalanan jumpa orang jual bekas comel2 ni.
macam batik tapi original dari batang kayu tu sendiri bukan di ukir
pak guide kami mengutip serpihan2 ukiran kayu untuk kami bawak balik.
katanya boleh halau cicak dan tikus sebab kayu tu macam ular


pokok ni berlubang kerana terkena serpihan gunung berapi.
tapi masih hidup subur.


lepas tu jumpa pokok akar naga.
air rebusan dari akar pokok ni baik untuk sakit badan.

jom turun lagi..
makin jauh perjalanan makin cantik pemandangan.


toilet di 3/4 perjalanan.
1x masuk 2k idr.


tu la tempat yang kami nak tuju. orang pun macam semut je tengok dari atas ni
ada lagi 300meter..dah semput dh..


akhirnya kami sampai. ada sikit bau belerang tapi masih boleh tahan lagi.
tempat sumber mata air panas.
setiap tempat kubangan tu suhu air dia berbeza2.
ada yang boleh rebus telur dan ada yang boleh rendam kaki


sedang rebus telur kat tempat air yg paling panas.
ambil masa 10minit untuk masak.


telur yang dah masak.
kena beli dulu baru boleh rebus.
harga telur 1 biji 2500idr


rasa dia sedap.. tak sama macam yang masak kat rumah.
pak guide cakap telur ni dah tak ada kolestrol sebab rebus kat sini

3jam dok kat sini.. jadi bayarannya 900k idr.
pak supir dah tunggu kami kat tempat parking.
300meter dari sini, kena menapak lagi..nasib baik jalan dia landai..
tapi tak ambil gambat sebab dah kepenatan dan kebuluran


buah strawberi yang di beli kat tempat parking..
rasa dia manis. tak sama macam yang kat cameron.

to be continue.....

Saturday, March 17, 2012

jakarta & bandung day 1

12-15 march 2012- 6.30 am keluar dari rumah utk ke airport..
flight pkl8.50am tp sebab penerbangan internasiaonal kena chek in 2jam awal dari waktu berlepas..
perbangan penang ke jakarta ni ambil masa lebih kurang 2jam 35minit.

pesawat kmi- air asia indonesia.

kalau nak melancong ke luar negara pastikan bawak pen.
sebab dalam flight nanti nak kena isi borang.

pre book meal..
menu nasi lemak, percuma air mineral(kecik je,sekali sedut pn boleh habis)
makanan ni booking awal lg sebelum terbang..
kalau booking awal harga dia murah sikit dari beli masa dalam flight
tq so much to sis lina sebab belanja kmi.

Jakarta international airport Soekarno Hatta
waktu di indonesia lewat 1jam dari waktu malaysia.
kami sampai di jakarta dalam pukul 11.20am waktu malaysia
iaitu 10.20am waktu indonesia..

dari airport kami naik van ke bandung.
pak supir menunggu dari pukul 7am lagi.
perjalanan ambil masa lebih kurang 3-4jam bergantung pada jem teruk atau tak.


berhenti makan jap kat R&R.
kami pilih kedai makan Bakso lapangan tembak senayan jakarta


bakso campur
19K idr = +-RM5

di kiri kanan sepanjang perjalanan kami adalah ladang teh dan sawah padi(padi huma)
tapi tak sempat nak ambil gambar

lebih kurang dalam 3jam 30minit kami sampai ke tempat penginapan untuk 4hari 3mlm..


hotel cermelang.

1mlm 438000idr
3mlm 1314000idr (juta tu)


lepas check in sambil menunggu maisarah bersiap.


posing di depan FO



banyak FO tapi cuma beberapa keping je gambar yang sempat ambil

dah penat ronda terus cari kedai makan sebab perut pun lapar
makan malam di restoren Sangkuriang.
konsep restoren dalam taman.


sis lina bersama puteri2nya


tempat santap.

hidangan makan malam
kat bandung ni ikan gurame sangat terkenal.

gurame bakar.
masa diorg hidang sos kicap dok asing2..
tuang masa ikan masih panas2..
berasap2 ikan ni.. menaikkan lg selera..
ikan gurame ni kalau kat malaysianya ikan talapia.

gurame masam manis.. sedap,isi ikan di potong siap2 pstu baru goreng.


sup buntut (sup ekor)

kailan bawang putih

ayam goreng

sambal belacan dan ulam adalah menu wajib kat sana.

to be continue...