layout

Friday, January 20, 2012

tutti frutti

tutti frutti depan queensbay mall

rm26.70..huhu

buah peach, strawberi, kiwi, badam, coklat

1st time mkn makanan sejuk sejak pantang hari tu..
kedai jual yogurt yang layan diri
kita boleh pilih nak yogurt perisa apa..
macam2 perisa ada.. dan macam aksesori ada.
lepas pilih kena timbang berat pulak untuk harga dia
saya pilih perisa peach dan original.
pastu tambah macam2 aksesori = rm26.70..huhu
tp ok la sbb mmg byk pun. 1 mangkuk penuh..

Tuesday, January 17, 2012

pegar vs pagar


burung pegar

mesti semua orang pernah dengar pepatah melayu,
harapkan pagar, pagar makan padi.
macam ada kekeliruankan kat situ.. pagar makan padi? merepek betul.
saya ada terbaca pasal ada kesilapan di awal2 transit dulu lagi..
sebenarnya harapkan pegar, pegar makan padi.
pegar ni spesis burung yang makan padi.
pesawah harapkan pegar untuk halau tikus dan binatang2 lain yg cuba rosakkan padi mereka tp pegar ni pula yg makan padi tu.

Monday, January 16, 2012

pulut mangga thailand

pulut mangga

ni 1st time saya makan pulut mangga.. sedap la jugak.
pulut + 1 biji mangga manis + santan..
mmg lemak berkrim.
yang ni saya makan kat kedai parking giant bayan baru.
kedai siam.. amek oder pun cakap siam..
macam dok kat siam dh ni.. ngn kedai dok pasang lagu siam..
sape2 nak try makan pulut mangga dari thailand boleh la datang cni
harga 1 pinggan rm5.. ok la, sebab mangga dia sebiji besar lak tu.

Sunday, January 15, 2012

nasi dagang

nasi dagang

gulai ikan aya

jom makan

bahan2 untuk nasi
2 cawan beras nasi dagang
1/2 cawan beras pulut - saya tambah sendiri kot2 sedap
1 ulas bawang merah *
1 bawang putih *
1 inci halia *
1 cawan air
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil halba
1/2 sudu garam
1 sudu gula

cara-cara untuk sediakan nasi dagang:

rendam beras semalaman
kukus beras yang di campur dengan secawan air selama 20 minit
kemudian kukus pula 20 minit dengan santan cair.
mayang bahan yang bertnda *
satu kan bersama dengan santan pekat, halba gula dan garam.
kacau hingga semua bahan sebati.
kemudian satu kan bersama beras tadi..
kukus lagi selama 20minit


bahan2 gulai ikan aya:

seekor ikan aya (ikan tongkol)
2 bawang merah *
1 bawang putih *
sedikit halia *
rempah gulai nasi dagang
santan
3 biji lada hijau
2 cawan air
gula
garam

tumbuk bahan bertanda * kemudian tumis hingga naik bau.
masukkan rempah gulai nasi dagang yang telah di campurkan dengan sedikit air hingga pecah minyak
masukkan ikan aya gaul hingga rata dan tambah 3 cawan air, gaul lagi.
kemudian masukkan santan.
perasa kan dengan garam dan gula.
saya lebihkan gula kerana hari tu makan kat terengganu gulai dia manis.
last sekali masukkan lada..
siap untuk di hidang kan


Saturday, January 14, 2012

puding karemal

puding karemal dalam bekar nak pegi picnic

bahan:
3biji telur
1 tin susu cair
5 sudu besar gula.
1 sudu kecil esen vanila
setengah cawan air

pukul telur dengan susu cair + esen vanila hingga kembang (saya blend je)
cair kan gula hingga keperangan.masukkan setengah cawan air
bila dah sebati masukkan ke dalam acuan untuk mengukus.
kemudian masukkan telur yg di pukul bersama susu cair tadi ke dalam acuan tersebut
kukus selama 20mnt.

Thursday, January 12, 2012

nasi kerabu

kalau blk kmpg selalu singgah mkn nasi kerabu kat jeli..
kalau dari grik kedai dia sebelah kiri.
dalam 5km sblm sampai mrsm..
ns krabu lauk boleh pilih sendiri.
selain nasi kerabu, nasi campur pun ada jual jugak.

nasi kerabu.. nyum2..

sign board kedai

Monday, January 9, 2012

susu masam

ni bukan lemang

dalam bekas tu susu yang telah dikeluarkan dari buluh

zoom sikit.. ni la rupa paras susu masam

susu masam ni makanan tradisional org terengganu.
bubuh dalam budu, macam tempoyak tu. pstu makan dgn nasi.
sekarang ni dah susah nak dapatkan di pasar2 biasa.
Dan hanya dijual pada hari2 tertentu sahaja.
rasanya kat negeri lain takde makanan ni.
kat terengganu pun hanya jual kat kuala berang je
tu pun cuma ada dua org je pengusaha.
1kg susu rm10.

susu masam ni di buat dari susu kerbau yang menyusu 4bulan.
susu ditapaikan selama dua hingga tiga hari di dalam buluh.
rupa paras dia sama macam taufufa..
rasa dia pulak susah nak cite sebab tak boleh nak compare ngn mana2 mknan lain.
lain dari yang lain. saya tak berapa suka..hehe.
tp boleh la makan sikit2 tanda penghargaan susah payah en. rock carikan untuk isteri tercinta dia ni.
mungkin sis lina pg atau en.rock boleh ulas sikit pasal rasa.

Sunday, January 8, 2012

roti canai terengganu

roti kosong dan roti telur

gulai ikan sebagai kuah.

ni la keistimewaan roti canai orang ganu.
kuah gulai ikan.. pelikkan.
ni first time saya makan roti canai kuah gulai ikan.
biasanye kuah kacang dal ngn kuah kari je.
paling koman cicah gula atau susu.
tapi ape2 hal pun roti canai ni sedap..
kuah pun sedap.
lagi 1 yang pelik, bisnes start pukul 5 petang..
pagi2 tak bukak pulak..



Saturday, January 7, 2012

tasik banding

tasik banding - gambar dari en rock.

masa on the way balik dari kampung hari tu singgah sekejap kat tasik banding
encik rock nak ambik gambar buat koleksi.
tasik banding dikelilingi oleh hutan simpan yang penuh dengan hidupan flora dan fauna.
termasuk lah harimau, gajah, dan rafflesia. kalau nak tengok semua ni kat habitat semujadi boleh la meneroka Hutan Royal Belum ini.
Tapi kena ada pemandu arah, hanya 50 - 60 orang sahaja yang boleh masuk ke dalam hutan ini dalam satu masa.
terdapat banyak kemudahan yang disediakan termasuklah hotel mewah bertaraf 6 bintang.
mungkin ramai yang tidak tahu hutan ini merupakan hutan hujan tropika tertua di dunia.
Kini menjadi khazanah negara.

Sekarang nak cerita pasal tasik pula.Wujudnya semenjak pembinaan Empangan Temenggor.
Tasik buatan yang menjadi pilihan kaki pancing yang sanggup datang dari merata tempat semata-mata untuk memancing.
Sebenarnya bukan hanya ada hidupan air je, tapi sekolah dan masjid juga ada di dasar tasik ni.
Empangan hidroelektrik yang telah menelan kos sebanyak RM352juta ini telah menenggelamkan sebuah perkampungan yang lengkap dengan kemudahan masjid dan sekolah, turut tenggelam ialah dusun, sawah padi dan ladang getah.
semuanya tinggal sejarah kerana terkubur di dasar tasik.

Sunday, January 1, 2012

pantai Kemasik

jom layan keindahan pantai Kemasik , kerteh terengganu.







gua..

posing depan gua








2gether 4ever



OMBAK RINDU vs OMBAK GANAS

ini dah bukan ombak rindu tapi dah jadi ombak ganas..

semalang keluor makang kat keda, alang2 tempat makang tu dop jauh sangak ngan tepak tanoh runtuh di dungun oleh ombak besor musim tengkujuh dan la g tengok ngn ambik gambo siket ke gane pakat layan gambo lake deh..

jalan yang rosak teruk. tar yg tepi tu tuggu masa untuk runtuh

separuh jalan telah rosak di kerana ombak besar
separuh lagi maih elok...kuasa Tuhan.
jalan yg elok ni la yg digunakan oleh lori untuk membawa batu untuk di buat tembok

pokok2 rhu tumbang


keje2 penambakkan utk elak hakisan makin teruk.
semalam ombak masih kuat lagi
sambil dihujani salji2 yg turun.. (lihat yg putih2 kt gambar tu syokkan org trganu ada salji) hihi

p/s - org ganu dok merapu dh kt gmbr last

pemandangan jalan pantai

selamat berhujung minggu dan selamat tahun baru untuk semua..
saya bersiaran di ganu kite.
nak share gambar yang sempat di rakam sepenjang perjalanan ke kmpg hubby.
lalu jalan pantai.. hari tu rombongan dr kelantan tak lalu jalan ni,
sepanjang jalan cuma tengok jem je.. dengan terpaksa lalu ikut bandar2.
jom layan...

masjid terapung

jalan yang luas dan selesa.. sebelah kiri tu pantai..

kedai2 jual kraf tangan..

berderet2 kedai jual kopok lekor dan satar..
tak sempat snap gmbr chalet2 di sepanjang jln

pantai..


angin yg dah tak sepoi2 dah sebab sekarang musim tengkujuh

p/s-gambar2 tak smpat edit.