layout

Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

twister fries frozen

lepas perang kat Palestin, sy terus tak p mcD.
sekarang ni musim CNY, sana sini iklan berger prosperity.
Kalau sebelum ni sy cukup suka dgn twister fries.
berger dia sy tak berapa gemar, sebab rasa macam lembu..haha
Sanggup p mcD utk beli twister fries semata-mata.
tapi itu dulu la.. sekarang ni setakat tengok iklan kat tv je.
kalau teringin nak makan twister fries saya p giant.
beli yg frozen..hehe.. jual secara timbang. murah pn murah..
rasa pn lebih kurang sama..
siap boleh makan pns2 lagi kt rumah...

twister fries frozen beli kt giant.

Sunday, February 10, 2013

diner @ Park royal hotel penang

Hari tu encik suami teringin nak makan lobster,
so saya try la google cari kat mane ada sediakan menu lobster.
cari punya cari terjumpa la parkroyal hotel.
diorg ada menu lobster untuk seafood buffet.
trs booking diner hari sabtu untuk 2 orang.
jom cuci mata tgk makanan kat park royal..
makanan kat sini memang sedap. puah hati.
next time boleh datang lagi...
kami makan start dari pukul 6.30 stop sekejap untuk solat maghrib
pastu sambung semula sampai pukul 10 lebih.
banyak makanan yang tak sempat nak makan sebab perut terlalu full..
kalau sumbat jugak ada harapan terkeluar balik..huhu..
tak dan nak snap semua makanan. sebab sibuk mengisi perut.
ni je yg sempat......

suasana hotel masa pukul 6.30
tak ramai lagi orang time ni

majority semua pelancong.

jom pilih makanan

banyak pilihan

anak mat saleh yg main cak2 dengan saya..
so cute...

saya punya.1st round

hubby punya

loobster

jom pilih lagi

hubby pulun makan lobster..

amil 1 slice tapi tak makan..huhu. sbb kyg

cake, tak try makan pn sbb perut btl2 full

pan cake

ketam lembut bersama ketam keras dan udg

aiskrim kat sini adalah aiskrim baskin robbin

cnfrm la sdp kan..

yg ni pn amik

x amik jgk

err..x minat

yg ni pn tak amik


we always in love..

Sunday, April 15, 2012

jakarta & bandung day 3 (part 1-pasar baru bandung)

hari ke3.. kami ke pasar baru bandung.
cukup suka dengan tempat ni sebab banyak benda boleh di beli.
semua ada 7 tingkat tapi rasanya kami tak sempat nak pusing semua tempat
sbb masa tak berapa mengizinkan.
kat sini lah jgk aku bankrup..huhuhu..
duit habis berjuta2 hanya di sini. dari pagi smpai la pkl 4pm lbh baru kluar.
itu pun sbb duit sudah kering ngn kedai tutup pada pukul 5.
barang yg berjaya di beli ialah kain sulam, telekung, srviner utk kaum kerabat,
blouse, tshirt, jubah,tudung, dan my syg smpat tempah sehelai jubah.
pagi esknye jubah siap di jahit. diorg hntr kt hotel.

kat luar pasar baru.
gambar dalam pasar baru tak sempat nak snap sbb masing2 bz dgn shopping


food court di tingkat6.
mcm2 pilihan makanan ada.

kami di pau.makan biasa2 tapi total harga macam makan kat restaurant
hampeh betul..

solat kat masjid raya bandung
penuh dgn peniaga di kwsn masjid


di kaki lima pun ada org meniaga



Wednesday, March 28, 2012

jakarta & bandung day 2 (part 2-kampung daun)

dah penat meredah hutan dan berkubang di tengkuban perahu kami mencari destinasi untuk mengisi perut yang sudah berirama lagu rock.
kami memilih kampung daun sebagai tempat lunch hari ini.
restoren berkonsepkan dalam taman. cantik view dia..
hijau, mendamaikan, sejuk mata memandang..
jom jamu mata..





pintu gerbang untuk masuk ke restoren


tempat untuk ambil nombor pondok untuk menjamu selera
kawasan restoren ni sangat luas dan terdapat banyak pondok.

pondok tempat kami menjamu selera.


sedang pilih menu..pening nak pilih sebab banyak sangat pilihan


sirloin steak, memang ngetop..


nasi timbel.. sedap jugak..
nasi dia bungkus dalam daun pisang pastu ada lauk dalam nasi tu


nasi goreng special
habis 1 pinggan ni anak sedara ku makan


nasi goreng kampung


dessert..tak tahu nama apa
tapi sedap.. ada inti keju dan ada inti coklat


jus avacado dan tea susu


dah kenyang kami pusing2 kawasan restaurant


air terjun buatan..


antara sinki yang disediakan


papan tanda tunjuk arah pondok.


to be continue....




Sunday, March 18, 2012

jakarta & bandung day 2 (part 1-tengkubang perahu)

13 march 2012


pkl7.30am breakfast dulu kt hotel.

dlm 9am gerak ke tengkuban perahu
sempat snap gerai ubi keledek bakar.


tak tahu pokok apa tapi batag dia di toreh utk di ambil getah
sebelum smpai kat sini kiri kanan jalan ada jual arnab
lepas tu berderet2 pula kedai sate kelinci(satay arnab)
banyak sangat arnab ingt kan utk buat pet, rupanya nak bt satay.

akhirnya kami sampai di puncuk gunung dengan manaiki van.
turun je dari van terus kena serbu oleh penjual cenderamata..



sejuk sgt2 sbb atas puncak gunung dan angin ala2 taufan.


di belakang tu kawah ratu.
sebenarnya gunung tengkubang perahu(gunung perahu terbalik) ni ada mitos.
nak tahu cite dia sila ke blog sis lina pg


kami memilih untuk turun ke kawah domas ditemani oleh guide berlesen.
1jam 300k idr. kalau lebih akan di caj tambahan
awal2 turun kiri kanan kami adalah pokok manarasa.
pokok yang dikatanya boleh buat ulam untuk awet muka.
rasa dia masam2 kelat.

suku perjalanan jumpa orang jual bekas comel2 ni.
macam batik tapi original dari batang kayu tu sendiri bukan di ukir
pak guide kami mengutip serpihan2 ukiran kayu untuk kami bawak balik.
katanya boleh halau cicak dan tikus sebab kayu tu macam ular


pokok ni berlubang kerana terkena serpihan gunung berapi.
tapi masih hidup subur.


lepas tu jumpa pokok akar naga.
air rebusan dari akar pokok ni baik untuk sakit badan.

jom turun lagi..
makin jauh perjalanan makin cantik pemandangan.


toilet di 3/4 perjalanan.
1x masuk 2k idr.


tu la tempat yang kami nak tuju. orang pun macam semut je tengok dari atas ni
ada lagi 300meter..dah semput dh..


akhirnya kami sampai. ada sikit bau belerang tapi masih boleh tahan lagi.
tempat sumber mata air panas.
setiap tempat kubangan tu suhu air dia berbeza2.
ada yang boleh rebus telur dan ada yang boleh rendam kaki


sedang rebus telur kat tempat air yg paling panas.
ambil masa 10minit untuk masak.


telur yang dah masak.
kena beli dulu baru boleh rebus.
harga telur 1 biji 2500idr


rasa dia sedap.. tak sama macam yang masak kat rumah.
pak guide cakap telur ni dah tak ada kolestrol sebab rebus kat sini

3jam dok kat sini.. jadi bayarannya 900k idr.
pak supir dah tunggu kami kat tempat parking.
300meter dari sini, kena menapak lagi..nasib baik jalan dia landai..
tapi tak ambil gambat sebab dah kepenatan dan kebuluran


buah strawberi yang di beli kat tempat parking..
rasa dia manis. tak sama macam yang kat cameron.

to be continue.....