layout

Saturday, January 7, 2012

tasik banding

tasik banding - gambar dari en rock.

masa on the way balik dari kampung hari tu singgah sekejap kat tasik banding
encik rock nak ambik gambar buat koleksi.
tasik banding dikelilingi oleh hutan simpan yang penuh dengan hidupan flora dan fauna.
termasuk lah harimau, gajah, dan rafflesia. kalau nak tengok semua ni kat habitat semujadi boleh la meneroka Hutan Royal Belum ini.
Tapi kena ada pemandu arah, hanya 50 - 60 orang sahaja yang boleh masuk ke dalam hutan ini dalam satu masa.
terdapat banyak kemudahan yang disediakan termasuklah hotel mewah bertaraf 6 bintang.
mungkin ramai yang tidak tahu hutan ini merupakan hutan hujan tropika tertua di dunia.
Kini menjadi khazanah negara.

Sekarang nak cerita pasal tasik pula.Wujudnya semenjak pembinaan Empangan Temenggor.
Tasik buatan yang menjadi pilihan kaki pancing yang sanggup datang dari merata tempat semata-mata untuk memancing.
Sebenarnya bukan hanya ada hidupan air je, tapi sekolah dan masjid juga ada di dasar tasik ni.
Empangan hidroelektrik yang telah menelan kos sebanyak RM352juta ini telah menenggelamkan sebuah perkampungan yang lengkap dengan kemudahan masjid dan sekolah, turut tenggelam ialah dusun, sawah padi dan ladang getah.
semuanya tinggal sejarah kerana terkubur di dasar tasik.

11 comments:

LiNa_Pg said...

cantik view,pandai en.rock amek angle..
wah byk info pasal tasik n Royal Belum..
jom kite wat xpdc royal belum hehehe

EmbunRosaliza said...

Assalam tersangatlah cantiknya foto ni, mcm belajar sejarah la pulak heheh

alla said...

hari tu nk tanya round island brape harga utk round island tp tuan kedai tido plop..berat 66 tuan kedai..

Adry@Daun said...

As salam alla,
Ni abe nk tmbh fakta yg org tak berapa tahu mengenai tasik Banding ni. Yg sebenarnya tasik Banding bukan dlm perancangan awal pembinaan empangan Temenggor. Semasa air ditakung utk empangan Temenggor, airnya melimpah hingga ke kawasan Banding ni. Dlm tasik Banding ni ada masjid, sekolah dan beberapa buah kampung yg ditenggelami air dari empangan Temenggor. Dalam tasik Banding ni juga ada ikan Toman yg sisiknya sebesar pinggan nasik. Plg best, terdapat haiwan lagenda yg menghuni dasar tasik ni iaitu sulur bidar.

alla said...

@ sis lina - hehe.. jom2, kte pkat g tgk rimau ngn gajah. nk sewa tmpt tdo murah pn ada,rm20, tp dok ngn org asli la kt dlm hutan tu..huhu

alla said...

@ sis rosa - wsalam kak. hehe, sejarah ni diorg x brp nk bgtau org sgt mgkn sbb kesilapan tknikal diorg kot tu yg rmai yg xthu kisah ni

alla said...

@ a.adry - a'a. dlu banding tu bukit bukau je. puncak bukit tu la yg jadi pulau2. kesian kt org kg,huhu..
ada lg ke binatang tu skrg?
nape name dia sulur bidar ek? nape x panggil pari gergasi?

Adry@Daun said...

Sulur bidar ni bkn jenis ikan pari. Bentuknya mcm permaidani (hamparan). Tanda2 ia ada di tasik, buih2 akn muncul dan daun2 dari dasar tasik akan timbul ke permukaan. Ia berenang spt hamparan. Ada org kata sulur bidar ni tak ganggu manusia tp ada juga yg kata ia ganas. Ia lagenda bkn mitos. Di Tasik Kenyir pn ada sulur bidar ni. Ce tanya en. rock tu.

EmbunRosaliza said...

best pulak kisah tasik banding ni, suka akk mengetahui kisah n sejarahnya, agak2nya penuh mistik kat banding tu

alla said...

tringat yg mjlh katun ujang dulu.
yg muka depan dua org dok smbg2 psl ni smbil mncing pdhl sulur bidar ni dok bawah boad diorg je.
ganas la kot klu org kacau dia. klu org x kcau dia baik la..
en rock ckp dia xthu. kt tasik banding ada sklh ngn msjd pn dia baru thu sbb alla cite.hehe

alla said...

@ sis rosa - mmg mnrk kisah tasik bnding. mcm2 cite ada.
termasuk lah cite mistik. tp alla x cite kt n3 tu.